Sunday 18 February 2018

MAKAN SEDAP PENANG 2018

Den baru balik dari pulau pinang atas urusan kerja selama 20hari jadi sepanjang disana banyak juga tempat-tempat makan yang menarik den pergi so disini den listkan 5 antara makanan yang sempat den try semasa di penang..jadi jika pembaca pergi ke penang jangan lupa singgah dan rasa 5 makanan yang den review ni ..memang surrr



1. NASI KANDAR DEEN MAJU



Nasi kandar deen maju memang antara yang terkenal di Penang. Jika anda pergi waktu cuti sekolah memang kena beraturlah. kuah kari campur dia memang ngam dengan tekak den dan yang paling power ayam goreng berempah dia paling padu setakat ni (sambil taip sambil telan air liur).harga pula x mahal dan berpatutan bergantung kepada lauk yang korang pilih lah..den haritu ambil nasi + ayam goreng + sayur bendi + telur masin harga l/kurang rm7 sahaja..Oleh itu,  den mohon deen maju akan dibuka di area Melaka hawau..kikiki.... so..untuk yang ni den bagi 5 surr

Alamat :Jalan Gurdwara, 10300 George Town
Masa operasi : 2.30 pm -11.00 pm




2. HAMEED PATA MEE SOTONG



sekali lagi den telan air liur masa taip..huhu,,makanan yang ni pun sodap anda wajib cuba jika sampai ke penang..mee sotong ni lain dari yang lain rasa dia bukan seperti mee goreng biasa atau mee goreng mamak..warna agak merah nampak macam pedas sangat da macam mee ramen spicy pula tapi sebenarnya tak pedas pun dan terbukti sedap. harga tak mahal yang biasa rm5 je sepinggan. walaupun kena beratur tapi servis agak pastas kerana tukang masak menggoreng sekali banyak jadi tak perlu lah beratur lama. untuk menu ni den boleh bagi 4.5 surr. jangan lupa perahkan limau dan gaul sebelum makan baru ada kick!! 

p/s: kalau ada telur mata goreng  kuning cair lagi padu Kan?

Alamat :Padang Kota Lama, George Town,Penang
watu operasi : 12tengahari - 8 malam


3.CHAR KUEY TEOW SANI



char kuey teow Sani antara yang famous juga kt penang dan ramai juga pelanggan masa den datang waktu malam.servis agak pantas mungkin kerana sebenarnya masak char kuey teow ni tak ambil masa yang lama pun (cakap gaya chef..hahaha). menu yang den oder kuey teow special bersama kpi ais..kopi ais dia padu beb tak boleh brain memamg pekat dan sedap. untuk char kuey teow bagi den biaso-biaso sajo mungkin sebab den pernah makan yang lagi sodap dari kedai ni nk tau kt mane? jeng..jeng..jeng,,rahsia sebab nanti korang terjah kedai tu den tak dapat nak makan lagi..hahaha biar tokey rugi orang tak ramai yang penting selera den tak gantung..hahaha jahat tak? ok untuk makanan ni den bagi 4 surr..sedap tu boleh la sebab dia bagi kat atas meja cili jeruk sebalang tu yang buat rasa padu lagi.

Alamat : Bayan Baru dekat dengan tokong ular

Waktu operasi : jam 4.00 petang hingga lewat pagi


4. PASEMBUR




Pasembur kalau hang mai penang kalau tak pekena hat ni kira hang tak diiktiraf telah melawat negeri ini..cehh boleh ke macam tu?haha..makananan ni ibarat rojak la cuma dia x guna kuah kacang mcm rojak  biasa tu..dekat padang kota ni lokasi memang santai kalau nak lepak dan makan sebab betul-betul tepi laut..so sambil korang makan dan dihembusi bayu laut yang mendamaikan tanpa sedari korang dah termakan pasembur meja jiran sebelah..haha..bahan-bahan pasembur pelanggan yang akan pilih sendiri jadi hati-hati lah memilih bahan kerana silap pilih merana poket..hahaha..tips yang den nk bagi ialah korang bagitau dekat pekerja tu nak pasembur berapa ringgit terus dorang akan ambilkan bahan-bahan sesuai dengan harga..contoh macam den minta harga rm10 so dapat la bahan-bahan rm10..memang tak puas hati la sebab tak dapat macam yang selera kita mahu ada ketam ada udang macam-macam lagi tapi boleh la sekadar nak merasa..bukan nak sampai kenyang sangat pun nanti cari nasi juga kan? dekat sini kedai dia macam foodcourt ada pelbagai gerai jual seperti coconutshake,laicikang,cendol,makanan goreng-goreng panas nasi/mee,sotong kangkung dan kerang bakar..so korang ada modal lebih boleh la cuba semua..untuk makanan ni den bagi 4 surrr

Alamat: :Padang Kota Lama, George Town, Penang
Waktu operasi : 11pagi sehingga 2pagi



5. CENDOL PENANG ROAD TEOCHEW



Fuhh..cucaca panas kalau kena cendol memang sedapkan? korang cuba la rasa cendol di penang road Teochew chendul ice kacang ni memang terangkat..pertama den nak bagitau nama dia pun Teochew so dan tentu la penjual dia cina..tapi jangan risau tertera logo halal di gerai.cendol dia rasa lain dari yang lain..santan dia berlemak dan gula dia..hmm tak tahu nak ckap mcm mana..kali pertama suapan akan lalu di tekak korang pasti korang akan lelap mata dek kesedapannya. oh ya..cendol ni juga ada buka beberapa cawangan di dalam beberapa mall sekitar negara jika anda perasan tapi di penang road ni dia jual style lama mcm menggunakan motor beroda tu mungkin dia mahukan original mcm tu..selain cendol ada juga menu lain yang korang boleh makan seperti rojak buah serta laksa..sampai skarang pun masih terbayang cendol ni..sedapnya 5 surrr

Alamat : Jalan Penang,George Town, Penang
Waktu Operasi : 10.30 pagi sehingga 7.00 petang

sebenarnya ada beberapa lagi makanan  yang sedap dan best di Penang klu nak review semua memang tak dapat publish la sebab tak habis nak taip..huhu..sekian jumpa post akan datang yo..

p/s : jangan berombun jangan main dalam somak nanti kono tungau